1 MGlobal Smart Card

1 MGlobal Smart Card
Ruangan Iklan Untuk Disewa

Sabtu, 2 Mei 2015

KUALA BERANG, 1 MEI  Perjumpaan Pertama Alumni SK Bukit Diman telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertemuan kali pertama ini telah berjaya menghimpunkan seramai 120 orang bekas pelajar SK Bukit Diman dari pelbagai peringkat umur.
Aturcara yang bermula pada jam 3 petang telah didahului dengan persembahan pencak silat sebagai acara menyambut ketibaan Penaung Alumni, Dato’ Mohd Shafie bin Harun. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa kagum dan berbesar hati dengan sambutan yang telah diberikan oleh semua bekas pelajar yang dapat hadir dalam program yang julung kalinya diadakan ini. Beliau turut menyeru semua bekas pelajar SKBD untuk kembali berbudi pada yang berjasa.

Program “Sirih Pulang Ke Gagang Alumni BuDiman” ini juga turut disertai oleh beberapa orang bekas guru yang pernah mengajar di SK Bukit Diman. Bekas-bekas pelajar yang ingin menyertai Persatuan Alumni BuDiman bolehlah menghubungi Sekritariat Alumni melalui laman blog alumni http://alumnibudiman.blogspot.com atau melalui facebook alumni di http://www.facebook.com/alumbudiman













Biar gambar berbicara. Gambar ini telah dirakamkan pada tahun 1976.

Rabu, 15 April 2015

SKBD 14 April, Tabung Alumni SKBD telah mula mendapat sumbangan. Sumbangan pertama bernilai RM 1000.00 telah diterima khas untuk memulakan perjalanan Alumni SKBD.

Adalah diharapkan semoga dengan sumbangan ini, alumni yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat bergerak dengan lebih lancar menongkah arus dalam usaha membina kesatuan ummah. Jika sekiranya ada di antara kita yang ingin menghulurkan sumbangan untuk mengisi tabung alumni boleh menghubungi Penaung Alumni, Dato' Shafie Harun atau YDP JK Penaja Dato' Rosol Wahid atau terus kepada bendahari alumni.
.
Hari ini berita gembira mengejutkan semua warga sekolah. SKBD telah berjaya mendapat Anugerah Tawaran  Baharu Guru Besar 2014 (Baiah). Anugerah ini mengesahkan bahawa SKBD telah berada di landasan yang betul menuju persada pendidikan negara.
SKBD telah dinilai oleh panel penilai Jemaah Nazir Persekutuan pada 5 dan 6 Februari 2015. Hari ini keputusan penilaian telah diperolehi dan SKBD telah diiktiraf layak menerima anugerah Baiah 2014. Anugerah ini mengiktiraf kepimpinan guru besar SKBD En. Suhaimi bin Said memimpin SKBD.

Ahad, 12 April 2015

Program Reunion Alumni SKBD Kali Pertama telahpun ditetapkan pada 1 Mei 2015 bermula jam 3.00 petang. Progam ini dijangka akan mempertemukan semula bekas pelajar SKBD seawal tahun 60 an yang dapat meluangkan masa hadir.


Program yang julung kalinya diadakan ini akan berlangsung di Dewan Budiman SK Bukit Diman pada Jumaat 1 Mei 2015 bermula jam 3 petang. Surat undangan dan pemberitahuan akan mula diedarkan minggu ini.

Makanan telah dipersetujui akan disediakan secara "potluck". Pihak urusetia cuma akan menyediakan tempat, aktiviti dan minuman. Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi 01117949893 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Hari ni beberapa keping gambar lama yang mungkin mengembalikan nostalgia anda ke zaman awal kanak-kanak anda telah diserahkan kepada saya. Gambar di bawah dirakamkan pada 1983


Gambar di bawah ialah batch En Abdul Aziz ( Barisan depan 3 dari kiri) bersama  Cikgu Shamsuddin dan Cikgu Wahab yang dirakamkan sempena Majlis Penyampaian Sijil, Hadiah2 dan Perpisahan November 1969.




Sabtu, 4 April 2015

Program Tautan Kasih Budiman anjuran Alumni SKBD dengan kerjasama SKBD dan PIBG SKBD dijangka akan diadakan pada Jumaat, 1 Mei 2015. Program yang julung kalinya diadakan ini akan mempertemukan semula semua sahabat yang telah sekian lama terpisah.

Program kali ini dijangka akan dihadiri oleh lebih daripada 300 orang bekas pelajar dan guru-guru yang pernah mengajar di SKBD. Sekarang ini, bekas-bekas pelajar SKBD telah dipertemukan semula di alam maya melalui Whatsapp Group Alumni Budiman dan Alumni Budiman Junior.


Mesyuarat Agung Penubuhan Alumni SKBD juga akan dijalankan pada hari pertemuan tersebut. Sekarang ini Alumni SKBD diterajui oleh Yang Berbahagia Dato' Rosol Wahid dan dinaungi oleh Yang Berbahagia Dato' Shafie Harun dalam melalui jawatankuasa penajanya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi En Ameram bin Arifin, YDP PIBG SK Bukit Diman untuk menyatakan kesudian menyertai program ini.

Khamis, 2 April 2015

Program Jejak Kasih Alumni SK Bukit Diman telah berjaya menemukan semula lebih 80 orang sahabat yang telah sekian lama terputus hubungan. Usaha AJK PIBG SK Bukit Diman yang diketuai oleh En. Muzafar dan Cikgu Suraya akhirnya berupaya menghimpun lebih daripada 80 orang bekas pelajar SKBD dalam kumpulan Whatsapp.

Hasil daripada perbincangan di dunia maya dan dengan bantuan En Zawawi Harun yang juga salah seorang bekas pelajar SKBD akhirnya Alumni SKBD berada dalam proses akhir pendaftaran. Tarikh mesyuarat agung pertama Alumni dijangka akan diadakan pada 1 Mei depan.



















Rabu, 18 Mac 2015

Saya dengan kerjasama AJK PIBG 2015 ssedang menjejak kesemua produk SKBD sejak tahun pertama penubuhannya. Jika ada antara tuan-tuan dan puan-puan yang membaca artikel ini, harap emailkan saya email tuan-puan untuk membolehkan saya menambah kalian sebagai author agar pencarian kita lebih mudah.. sekian dengan penuh harapan..

Semoga penyertaan tuan-tuan dan puan-puan akan membantu memprofesionalkan anak-anak kita dan memungkinkan beberapa program yang telah kami rancang untuk dilaksanakan.

Semuanya untuk anak beranak kita....
Blog ini dibina untuk mempromosikan penubuhan alumni SK Bukit Diman yang diharapkan dapat berfungsi sebagai pemangkin kepada perkembangan SK Bukit Diman ke arah menjadi sekolah rendah bertaraf dunia.
Dengan segala kekuatan yang kita ada seharusnya matlamat ini dapat dicapai dalam masa terdekat. Dengan kerjasama Dato' Rosol, Dato' Shafei dan tuan puan, insyaAllah matlamat ini akan berjaya dicapai.